Cara Mengaktifkan Data Seasonpass Onexox Menggunakan Easy Menu 150

Tahukah anda Data yang berada didalam kaunter SeasonPass boleh diguna, disimpan atau dikongsikan?

Bagi pengguna prepaid Onexox, berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mengaktifkan Data dari kaunter Seasonpass anda.

Pengaktifan data melalui Easy Menu *150#

Langkah 1: Dial *150#
Langkah 2: Pilih No. 3 Internet
Langkah 3: Pilih No. 2 Subscribe from Seasonpass
Langkah 4: Pilih berapa data yang ingin diaktifkan
Langkah 5: Pilih YES untuk pengesahan




Easy Menu Balance
ONEXOX STATUS BAKI

Langkah 2: Pilih 3.Internet


Subscribe Seasonpass
Langkah 3: Pilih 2. Subscribe from Seasonpass


Data
Langkah 4: Pilih jumlah data yang diperlukan


Langkah 5: Pilih YES


Perlu diingatkan, Data SeasonPass yang telah diaktifkan adalah untuk tempoh masa yang telah ditetapkan, Sebagai contoh, 2GB/30 hari. Data yang telah diaktifkan ini juga akan diperbaharui langganannya secara otomatik 'Data Auto-Renewal' untuk bulan seterusnya. Ini bermaksud, jika anda telah mengaktifkan 2GB pada hari ini, pada hari yang sama dibulan hadapan secara otomatik 2GB akan diaktifkan dari kaunter Seasonpass anda.

Jangan risau, anda masih boleh mematikan 'Data Auto-Renewal' dengan menghantar sms DATA AR OFF ke 22111.

Selain itu, Data SeasonPass juga boleh diaktifkan menggunakan aplikasi XOX Media. 


INFO LANJUT TENTANG:
BERIKAN KOMENTAR ()